uesday, November 25, 2008
Dulu dapat RM3 juta, sekarang RM16.3 juta
Oleh IZWAN ABDUL HALIM BALING: Hasil dari polisi tander terbuka yang diamalkan, Kerajaan Negeri berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM 16.3 juta dari kawasan pembalakan seluas 1,000 hektar.Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Kampung/Komuniti Daerah Baling di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, di sini 17 November lalu."Sebelum ini kawasan yang sama kita cuma dapat RM 3 juta sahaja. Ini semua duit rakyat," jelasnya.Polisi-polisi Kerajaan Negeri berhubung pengurusan dan amalan berkaitan kewangan ternyata berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan dan menambahkan hasil pendapatan negeri ini disamping mendatangkan manfaat besar kepada kepentingan rakyat.Sebelum ini, penyata kira-kira kewangan negeri telah menunjukkan lebihan sebanyak RM 28 juta selepas enam bulan Pakatan Rakyat mengambil alih teraju pemerintahan. Perkembangan tersebut turut disumbangkan melalui polisi belanja berhemah dengan pengurangan 30 peratus perbelanjaan untuk pembangunan dan 10 peratus untuk perbelanjaan mengurus yang dilaksanakan selepas kenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu
About Me
- Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kulim
- KULIM, KEDAH DARUL AMAN
- N35-KULIM(PKR) AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI NO 696,1ST FLOOR, LORONG KEMUNING, TAMAN KERANJI 2, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN. N0 449, LORONG KERANJI 9/3, BUKIT KULIM. 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN 017- 596 8899.
Wednesday, November 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment